Wednesday, October 13, 2010

"Sahabatku"

"Sahabatku…
saya tidak memohon apa-apa darimu…
Cukuplah sekadar kau fahami diri ini…
Bukanku pohon perhatian yang lebih darimu…
Cukuplah jika kau ingat bahawa saya ini sahabatmu…

Tiada apa ku pinta darimu…
Cuma secebis pengertian…
Bahawa saya juga seperti orang lain…
Yang memerlukan teman untuk berbicara…
Dan…bergembira…
Bukan ku tagih pengorbananmu untukku…
Cuma. saya mahukan…
Ikatan persahabatan itu…jelas kelihatan melalui perbuatanmu…
Tidak mungkin ku berterus terang tentang perasaanku…

Bila hati ini terguris, sukar benar memulihkannya…
Bila hati ini dicalari sikap ketidakpercayaan terhadap sahabat sendiri…
Berat benar bebanan yang saya tanggungi
Bukanku tak cuba memujuk diri…
Bahawa mungkin kau terlupa untuk menyatakannya…padaku…
Namun, hatiku keras berkata…
Ini bukan kali pertama…ia berlaku…
Meskipun, mungkin kau tak sedari perkara ini terjadi…
Tapi, percayalah…saya sering memaksa diri untuk bersikap sebagaimana biasa…
Sedangkan mana mungkin saya berbuat demikian…pada hakikatnya…
Seringkali ku memarahi diri untuk tidak bersikap begitu padamu…
Namun, tidak mampu ku bohongi diri ini…
Sikap amarah dalam diri, tampak benar muncul di wajahku…

Maafkan saya…teman…
Andai kata-kataku…mengguris perasaanmu…
Tidak mampu lagi ku bendung air mataku yang mengalir keranamu…
Bukan kerana marah terhadapmu…
Tetapi, rasa sedih dilupakan sahabat sendiri…
Lebih pahit dari ditinggalkan kekasih hati…
Mungkin kau menyatakan bahawa saya keterlaluan…
Tapi, fikirlah bila mana kau berada di tempatku…
Mungkin lebih lagi yang kau rasakan…
Terima kasih atas persahabatan yang kau hulurkan buatku…
Tidak akan pernah ku kesali atas pertemuanmu denganku, di bumi Allah ini…
Semoga persahabatan ini kekal abadi…meskipun jasadku tidak lagi bersamamu…
Berkelana…menjadi khalifah di bumi Allah ini…
Maafkan saya teman…atas keterlanjuran bicaraku…
Moga kau sedari…bahawa saya ini SAHABATMU…sehingga akhir nanti…

No comments:

Post a Comment

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)