Tuesday, November 1, 2011

Cinta ini....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara, telah lama tak update blog ni dan dah agak bersarang ye. ha ha ha...lately busy sangat2..dan kini aku sudahhhhhhhhhhhhhhh..... ??

Aku mengharapkan tiada lagi cinta yang berani singgah di sini, kerana aku tidak punya ruang untuk memberi dan menerima. Cinta yang aku pertahankan tetap satu, hanya untuk si dia.

Biar yang datang itu lagaknya bagai Sang Puteri, dengan segala kemegahan dan kemewahan, “Cinta Seorang Insan Biasa” tetap manjadi pilihan hati ini. Nilai cinta bukan pada mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut yang berkata, hidung yang mencium bau, nilai cinta telah ditetapkan mahramnya oleh dua hati yang tersemai cinta itu di dalamnya.

“Aku bukan seorang putera raja yang hendak menawarkan kemewahan negara taklukanku”

Aku cuma petani biasa yang menyemai bijian kasih sayang, dibaja dan disirami air, supaya terbit cinta Aku dan Dia, mengeluarkan bau yang harum dan cantik, jika ia bunga; berasa sedap dan manis jika ia buah-buahan, menyegarkan dan berkahsiat jika ia sayur-sayuran.

“Aku sudah ada cinta itu, dan aku tidak akan mencari cinta lagi”

Biar nyawa jadi taruhan, cinta aku dan dia tetap aku pertahankan. Bercerai nyawa dari badan tidak sesakit terasa, cinta dinafikan.

Benar, jika sesiapa minta cinta ini dikorbankan, aku dengan rela, menusuk jantungku sendiri, menadah setiap titisan darah itu, bertahan sambil bertasbih nama dia yang aku cintai, hinggalah tika jantungku tidak lagi berdegup.

Hingga ke hujung nyawa…

Wednesday, June 29, 2011

Blogger di Sabah

Kem Gala Ko-Korikulum Sabah 2011
19-23 April 
(Pagi Sebelum Bertolak...Perghh pukol 6 pagi lagi tu..)


(From LCCT)

(Setibanya di sabah)

KEM MALANGANG KIULU, SABAH








(Di Malam Kebudayaan)
(Dapat Hamper Bro!!)
(Sabah Cuisine..ape enta)


(aktiviti di Kampung Termunong Tuaran)
(Keletihan)
>.<
(ahakss...santai)
(Kunyah2..nak balik dah)












(Kontijen Kelantan tetap terbaikkk!!!)


(Bye2 Sabah..nak balik dah)

Bila Nak Saksi - Spider

Tuesday, February 15, 2011

Arsenal vs Barcelona : Emirates Stadium


apa lagi kerje aku kalu bukan pasal bola...lebih-lebih lagi pasukan kesayangam (ARSENAL) aku ni!!
woot woot~.



17/02/2011 (Khamis)

Arsenal - Barcelona
03:40 pagi /Astro 812,832.


bersengkam mata la nampaknya

(Pemain Kesayangam KU)


Pemain Harapan :

(Gandingan Van Persie & Nasri)
My Prediction : Arsenal 2 - 0 Barcelona






Saturday, February 12, 2011

Bagaimana sedetik itu berlalu?!aku pun tidak tahu bagaimana?!Mungkin ini takdir aku,
takdir aku utk berjumpa dengan nya. Perasaan sayang aku padanya semakin hari semakin bertambah, bertambahnya cinta ku padanya. 

Mungkin beliau tidak mengetahui akan niat hati ku ini, tapi siapalah aku utk menjelaskan padanya, siapa lah aku utk menyatakan rasa cinta ku ini, siapalah aku kerana aku hanya insan biasa.
Dikala bulan mengambang, daun-daun beterbangan, angin bertiup kencang sambil aku menyanyikan rangkap-rangkap, bait-bait lagu " Tak sudi memandang tidak mengapa, kerna ku mengerti aku insan yg hina......" nyanyian Jamal Abdillah aku menitiskan air mata, air mata tanda rindunya padanya. 

Pertemuan kami berdua mungkin ditakdirkan Tuhan. Pertemuan ku bermula disebuah tempat, semenjak hadirnya beliau dalam hidupku, aku kini makin bersemangat utk terus melangkah ke hadapan, melangkah utk menggapai cita-cita. Tiap-tiap kali aku SMS dengannya, aku cuba memberikan yg terbaik, agar hatinya tidak terluka. Cuma kadang kala aku akan menyindir beliau, bukan utk pergaduhan cuma utk menguji sejauh manakah tahap kesabaran beliau. Lucu & gembira, bila mula-mula dia SMS aku, entah apa yang bermain difikiran aku pada waktu itu, perasaan yg pada mulanya sedih bertukar sepantas kilat kepada gembira, malah teramat gembira.






Moga kalimah yg aku titipkan ini dapat beliau baca

AKU SENTIASA DIBELAKANGMU
KAU SENTIASA DIHATI KU
BIARPUN KAU TIDAK MENYUKAIKU



For Everything You Are


We have been friends for so long. There have been lots of tears and so much laughter between us. I feel closer to you than anyone else. I've listened and hurt every time you fell in love, longing to be the one in your arms. I've been there for you when every one of your relationships fell apart. You listened and cried with me and you stood by my side through all of it. Now is the time to tell you that the waiting is over.

The love you so desperately seek is here in my arms. You've often asked why I'm not interested in any of the girls who hit on me when we're all out. I've always told you they weren't the one for me. Now I'm telling you that you are the one for me. You’re the one I dream about. No one can make me laugh like you, even when I'm knee deep in tears. The reason I've been alone all these years is this: 

I've been waiting for you to see the love in my eyes that's only for you. I'll wait forever if that’s how long it takes. I need you. I miss you when you’re gone, and I hurt when you’re sad.

I love you, for everything you are. 

Thursday, February 3, 2011

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

             Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

            Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

            Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

            Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

            Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman :
وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
فرقت به جماعتهم!
Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

            Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

            Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.  Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.  Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

            Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011



Wednesday, February 2, 2011

Sekular Itulah Jahiliyyah

Tuan Guru berdoa selepas menyampaikan ucapan di hadapan pelawat berbangsa India / Hindu.
Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada  di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin  (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah.  Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden  tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah  bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam.  Justeru Allah SWT berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.”Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi  tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……”  Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Maklumat terkini krisis Mesir dan nasib pelajar kita di sana sila ikutinya di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ sila sebarkan dan sama-sama doakan keselamatan mereka

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Maklumat terkini krisis Mesir dan nasib pelajar kita di sana sila ikutinya di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ sila sebarkan dan sama-sama doakan keselamatan mereka

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah

  1. Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
  2. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
  3. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti denganrahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
  4. Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
  5. Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
  6. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
  7. Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Faizal Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya di ‎​Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, akibat serangan jantung, sekita 2.30 petang tadi.Drama terakhir lakonan arwah mungkin Tiramisu setelah kembali meletup dalam drama Adamaya.Marilah kita doakan al-fatihah kepada beliau,semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman...

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)