Friday, April 23, 2010

Contoh Folio Geografi 2010 (TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK)

Batu Pahat , 20 Mac (SMKPS) – Di sini saya sertakan satu lagi tajuk kerja kursus Geografi iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Diharapkan semua pelajar berpuas hati dan dapat menggunakan bahan ini dengan sepenuhnya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad
Kampung Parit Raja Ahmad,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
(Nombor 1) TAJUK :
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
DI KAMPUNG SELULUN,
PT KASSIM, BATU PAHAT
NAMA                        : MOHD KHAMSULDIN  BIN ABDUL WAHAB
KELAS                        : 3 MANTAP
SEKOLAH                 : SMK PENGHULU SAAD, PT RAJA
AHMAD 83500  PT SULONG, BT. PAHAT
NAMA GURU          : EN MAMAT
TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010
TANDATANGAN PELAJAR                                  TANDATANGAN GURU
—————————-                         —————————
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK                                                                                              HALAMAN
1)    Penghargaan
2)    Pendahuluan
3)    Objektif Kajian
4)    Kawasan Kajian
5)    Kaedah Kajian
6)    Hasil Kajian
7)    Rumusan
8)    Rujukan
9)    Lampiran
10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )
(Nombor 3) PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saad, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan basikal kepada saya.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
(Nombor 4) PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun,  sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1)    Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2)    Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3)    Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
4)    Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5)    Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.
6)    Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Selulun mengenai kepentingan migrasi.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar  Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan  Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.
Kampung Selulun mempunyai tanah  subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1)    Lukis Peta Daerah Batu Pahat
2)    Peta Pekan Parit Sulong
i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]
ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
3)    Peta Kg. Selulun
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
iii)           Tajuk dan Bingkai  [1 m]
iv)           Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
v)            Simbol Piawai [ 1 m ]
vi)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
( peta perlu kemas dan cantik )
-       Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim
2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.
3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )
4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.
(Nombor8) DAPATAN KAJIAN
8.1  Konsep Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar bandar bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-
A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)
i)  melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.
ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.
B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)
iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.
iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan
- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-
A ( KESAN POSITIF )
1) Penduduk Bertambah
- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.
2) Hasil Pertanian Bertambah
- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.
B ( KESAN NEGATIF )
3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.
4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran
- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.
5) Struktur Penduduk Berubah
- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-
1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.
2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah  ke kawasan bandar.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-
i)             Jadual
ii)            Graf
iii)           Carta Pai
iv)           Peta  Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai
(Nombor 9) RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.
Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu.. teruskan usaha anda
-SMKPS-

Copyright from SMK Penghulu Saad

7 comments:

  1. boleh x bagi cara2 nak buat graf tu??
    paksi x nak letak apa dan paksi y nak letak apa?
    tolong balas cepat ye..==
    time kasih

    ReplyDelete
  2. yg nie sbnarnye bleh rujuk ckgu geo anda...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bagi contoh untuk buat. Hee :D

    ReplyDelete
  4. ada contoh temu bual dengan ketua kampung,ibu bapa dan penduduk kampung tak?=)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)