Sunday, August 29, 2010

Khas Utk Yang Tersayang

Mereka hairan kenapa kita masih bersama.Kata mereka, saya layak untuk dapat yang jauh lebih baik dari awak...
Dan tiap kali itu juga, saya hanya tersenyum...
Mungkin awak tak secantik perempuan lain...
Kadang-kadang awak kasar...
Kadang-kadang, angin baran awak datang tak kira masa...
adakalanya, pening kepala melayan karenah awak yang keras kepala..
Tapi apa pun...
Sekasar mana pon awak, bile tontong cerita Korea, awak menangis juga
Biar pon awak tak cantik mana, awak tak pernah pertikaikan rupa saya.Kata awak saya lah lelaki paling hensem dalam dunia.
Biarpun adalaka awak degil tak dengar kata, tapi sayang awak ke saya.
Saya sorang boleh rasa.
Memang kadang-kadang baran awak tak menentu, tapi manja awak tetap ada..
Buat apa dicerita bahgia yang kita rasa?
Biar apa kata mereka, peduli orang kata..
Saya lagi kenal sayang saya.....

2 comments:

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)