Awak hari ni saya happy sangat
Awak datang konvo saya
Tapi saya buat2 biase je
Egonya saya, padahal hati tu suka
Awak hari ni saya happy sangat,
Awak kasi bunga,
Tapi saya malas nak tunjuk suka,
egonya saya...
Padahal dalam hati tu rasa nak melonjak je.Seronok gile.
Awak hari ni kita makan semeja
saya buat selamba je,
saje biarkan awak dengan parents saya,
Tapi saya bangga
awak dapat serasi dengan mereka
Awak hari ni saya dapat berita
awak demam.Rungsingnya saya..
Saya risau tak tau nak buat apa.
Saya jauh.Saya cuma dapat tanya kabar awak je..
Awak hari ni saya serabut sangat
Tapi saya tak tunjuk, saya terfikir
Macam mana keadaan awak.
Awak senyap je, saya pun senyap la..
Egonya saya..
Awak, hari ni saya tengok awak senyap je
Saya pun terfikir, awak ingat saya lagi?
Saya ingat awak, tapi saya buat selamba je
Dalam hati Tuhan saje yang tahu..
Awak, hari ni saya tengok awak senyap lagi
Saya cuba hubungi awak
Tapi tak dapat...
Mana awak pergi..
Awak, hari ni saya tengok gambar kita
Saya terfikir,
Awak selalu tak tengok macam saya?
What ever Tuhan aje yang tahu
Awak, hari ni hati saya meronta
Saya ingat nak call awak
Tapi saya takut ganggu mak awak nak tidur
Kesian dia
Awak, hari ni saya tak call awak
Bukan sengaja, tapi saya banyak kerja
Saya tau awak hampa
Maafkan saya...
Awak, hari ni saya tak call awak lagi
Bukan sengaja tapi
Saya tak tau mana lokasi awak
Saya buntu gile
Tak tau macam mana nak hubungi awak
Maafkan saya lagi...
Awak, kenapa terus menyepi
Saya risau sangat,
Awak dah lupakan saya ke?
Tapi saya masih ingat kat awak...
Awak, sebulan terus berlalu,
Namun awak masih menyepi,
Telefon pun tak berfungsi,
Betul lah awak dah lupakan saya kat sini
Awak, saya terlihat satu gambar di blog awak
Gambar itu cukup menjelaskan suasana sebuah majlis.
Yang nyata hati saya hancur!
Dalam diam rupanya awak mengikat pertunangan..
Sampai hati awak..
Awak kini saya sedar,
Maaf jika panggilan saya selama ini menggangu awak
Yang nyata awak bukan ditakdirkan untuk saya,
Biarlah saya terus menyepi.
Pasrah jika jalan ini yang kita pilih
Tapi satu perkara yang awak perlu tahu,
Mengenali awak adalah anugerah yang terindah
yang pernah saya miliki.
Terima kasih awak....
___________________________________
"They say past is past. We need to move on to see the future. But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future"
No comments:
Post a Comment