Thursday, December 30, 2010

Perlukah Tajuk?

Tahniah!!Tahniah!!Tahniah!!
Itu saja yg mampu di ungkapkan disebalik kejayaan Malaysia merangkul
Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya.
Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia di Gelora Bung Karno 
namun Malaysia menang berdasarkan agregat 4-2.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5 


(Bukti Rio Ferdinand mengucapkan tahniah kpd malaysia)

Selain itu persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Laman Facebook beliau (Khairul Fahmi Che Mat) mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.



(Khairul Fahmi Che Mat atau lebih sinonim dengan panggilan Apex)



Membujur lalu melintang pukang,


Melintang pukang hingga ke pahang,


Di bumi INDON Harimau berjuang,


Nama MALAYSIA terus dijulang.




Teruskan Perjuangan Malaysia!!


Malaysia Boleh!!Malaysia Boleh!!

Wednesday, December 29, 2010

Perlukah Tajuk?



Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki
Indonesia mln Malaysia



Malaysia sebenarnya sudah berada dalam zon selesa untuk mencatatkan kejuaraan pertama Piala AFF Suzuki setelah mendahului Indonesia 3-0 secara agregat.

Kemenangan tiga gol yang dicatatkan dalam perlawanan akhir pertama seharusnya mampu dipertahankan pemain muda Kebangsaan andai mereka kekal fokus terhadap 90 minit lagi masa permainan.

Memang tidak mudah mengharung baki persaingan tetapi inilah realiti yang harus disemat kukuh didalam minda para pejuang Harimau andai impian bergelar sang juara masih menjadi idaman.

Bagi ketua jurulatih Indonesia, Alfred Riedl, taktikal bagaimana hendak dipersembahkan dalam perlawanan ini bagi mengembalikan pasukan kendaliannya ke dalam saingan.

Bolos dalam 12 minit di Bukit Jalil bukan suatu momen untuk dikenang dikala penyokong fanatik mereka juga mahukan kejuaraan pertama dalam edisi kelapan sejarah kejohanan dipertandingkan.

Masih terasa kehilangan Oktovarian Maniani akibat pengantungan serta beberapa pemain tonggak yang mengalami kecederaan, skuad Indonesia dilihat tempang untuk mengharung babak kedua perlawanan akhir dihadapan penonton sendiri.

Melihat pada pandangan pengkritik sukan Sang Garuda, pemain Indonesia perlu lebih agresif mencari ruang untuk membolosi gawang pasukan Malaysia.

Kehebatan yang ditampilkan barisan pertahanan disamping kekebalan penjaga gol negara  diakui melemaskan jentera tengah dan serangan Indonesia.

Alfred Riedl diminta mencari jalan untuk melumpuhkan pertahanan selain memberikan tekanan demi tekanan agar barisan pemain Malaysia melakukan kesilapan mudah seperti mana perlawanan pertama kumpulan tempoh hari.

Oleh itu, pemain Malaysia seharusnya berhati-hati dengan beberapa pemain lawan seperti Christian Gonzalez, Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas, Firman Utina dan Arif Suyona kerana mereka sangat berkemampuan untuk merobek gawang skuad negara.

Mereka dilihat berbisa dengan kombinasi mantap apabila beraksi di gelanggang sendiri setakat ini selain dapat membantu serta menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.



Dari kem Malaysia, dijangkakan K. Rajagobal tidak menghapi masalah besar walaupun kecewa kehilangan Amirul Hadi dan Mahali Jasuli dek layangan dua kad kuning. Skuad negara turut tidak dapat menggunakan khidmat Khairil Muhaymeen yang masih cedera.

Namun, melihat pada perkembangan semasa, peluang luas buat pasukan kebangsaan untuk menjulang kejuaraan kerana beberapa pemain mula menampakkan tanda kebangkitan untuk mencatatkan kejayaan pertama.

Norshahrul Idlan, Safee Sali dan Ashaari Shasudin sudah boleh diharapkan untuk memecahkan benteng pasukan lawan.

Manakala kelibat Safiq Rahim, Amri Yah Yah, Amar Rohidan serta S. Kunalan ditagih untuk mengatur serangan dari tengah serta mampu melakukan hantaran cantik kepada pemain penyerang.

Barisan benteng yang diterajui Muslim Ahmad, Asrarudin Putra dan Mohd Faizal pula terus diharap mempamer aksi kemas seperti mana mengikat pengempur utama Indonesia dalam perlawanan pertama. Kehadiran Sabree Abu mungkin memperkukuhkan lagi kawasan bawah skuad negara.

Benteng terakhir kawalan Khairul Fahmi Che Mat masih kebal setakat ini dengan beberapa aksi menyelamat luar biasa dan diharapkan penjaga gol ini tidak melakukan sebarang kesilapan mudah.

K. Rajagobal sudah menekankan bahawa pemain Malaysia tidak mungkin mampu bertahan dalam tempoh masa perlawanan. Justeru itu, kehadiran mereka disini bukan sahaja untuk mempertahankan pintu gol malah kedatangan mereka perlu mencari beberapa lagi gol untuk mengesahkan kemenangan.

Barisan Kemungkinan Malaysia

Khairul Fahmi Che Mat
--Mohd Faizal--Sabree Abu--Muslim Ahmad--Asrarudin Putra
--S. Kunalan--Safiq Rahim--Amri Yah Yah--Ashaari Shamsudin
--Norshahrul Idlan--Safee Sali

vs

Bambang Pamungkas--Christian Gonzalez
--Irfan Bachdim--
--Bustom--Firman Utina--Arif Suyono
--M.Nasuha--Jesaya Desnam--Hamka--Zulkifli
Marcus Harison

Barisan Kemungkinan Indonesia

Wednesday, December 8, 2010

Sedih Tentang Pasangan Bercinta

Sedih giler tu……pastikan tisu berada di sisi anda…
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta… yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai ‘imah’ je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni ‘abang’ je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh…
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
…Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih… maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..
Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh…
tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2…
sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.
Razak pun memberanikan diri dia… jumpa imah. dia gi le rumah
imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.
razak cakap..”susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat
masa sepeninggalanku” imah terperanjat… “err bila masa
lak nih.. aku setia apa…” kata imah razak berkata…
tersedu2.. ” Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
…” imah terdiam… “tamat lah hubungan kita disini sahaja
…” tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK
tu……seraya berkata ” dengarlah lagu ini…, khas untuk mu…”
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang
menangis…
I can tell by your eyes
That you’ve probably been crying forever
And the stars in the sky
Don’t mean nothing to you
They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart
imah terdiam… masih menangis….razak sambung…
If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night’s fears
The stars in the sky
Don’t mean nothing to you
> They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart
“suara razak terus mendayu2….
“My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!”
razak ulangi phrase yg sama…….imah terdiam…walaupun
air mata masih mengalir…
My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!”
setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu…
tiba2 mulut imah berkata … ” abang, imah nak beritahu
abang sesuatu” “katakan lah duhai imah” jawap razak dengan
suara perlahan… ” err…… err…” kata imah dlm keadaan
bersalah…”katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup
terima…” tambah razak…perlahan2.. imah berkata
“abang…”
“sebenarnya… imah tak paham bahasa Inggeris…”

Terima kasih kerana tekun membaca hingga ke akhir ayat.

Jangan Di Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

- Artikel iluvislam.com

Hati Yang Rapuh

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun!! ASAP!!

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Friday, December 3, 2010

Hingga Hujung Nyawa

Biarku sendiri merawati diri ini
Walau tiada arah yang aku temui
Biarku sendiri melewati hari yang berduri
Terhukumlah diri ini,tidakku pasti...

Oh..Tuhan ampuni segala dosaku
Tidakku tersesat mencari sinar mentari
Tuhan...ampuni segala dosa nan silam
Tidakku ingini hidup dalam kesengsaraan...

Hamba masih ada jalan yang hakiki
Inginku mencari cahaya diri
Hingga hujung nyawa kan ku teruskan jua
Menanti semua noda terngadah...

Ku pergi untuk selamanya
Tinggalkan apa yang ada
Moga diriku damai di sana
Hingga hujung nyawa....

Di Sinilah Pengakhirannya..

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)