Thursday, December 30, 2010

Perlukah Tajuk?

Tahniah!!Tahniah!!Tahniah!!
Itu saja yg mampu di ungkapkan disebalik kejayaan Malaysia merangkul
Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya.
Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia di Gelora Bung Karno 
namun Malaysia menang berdasarkan agregat 4-2.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5 


(Bukti Rio Ferdinand mengucapkan tahniah kpd malaysia)

Selain itu persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Laman Facebook beliau (Khairul Fahmi Che Mat) mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.



(Khairul Fahmi Che Mat atau lebih sinonim dengan panggilan Apex)



Membujur lalu melintang pukang,


Melintang pukang hingga ke pahang,


Di bumi INDON Harimau berjuang,


Nama MALAYSIA terus dijulang.




Teruskan Perjuangan Malaysia!!


Malaysia Boleh!!Malaysia Boleh!!

No comments:

Post a Comment

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)