Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki
Indonesia mln Malaysia
Malaysia sebenarnya sudah berada dalam zon selesa untuk mencatatkan kejuaraan pertama Piala AFF Suzuki setelah mendahului Indonesia 3-0 secara agregat.
Kemenangan tiga gol yang dicatatkan dalam perlawanan akhir pertama seharusnya mampu dipertahankan pemain muda Kebangsaan andai mereka kekal fokus terhadap 90 minit lagi masa permainan.
Memang tidak mudah mengharung baki persaingan tetapi inilah realiti yang harus disemat kukuh didalam minda para pejuang Harimau andai impian bergelar sang juara masih menjadi idaman.
Bagi ketua jurulatih Indonesia, Alfred Riedl, taktikal bagaimana hendak dipersembahkan dalam perlawanan ini bagi mengembalikan pasukan kendaliannya ke dalam saingan.
Bolos dalam 12 minit di Bukit Jalil bukan suatu momen untuk dikenang dikala penyokong fanatik mereka juga mahukan kejuaraan pertama dalam edisi kelapan sejarah kejohanan dipertandingkan.
Masih terasa kehilangan Oktovarian Maniani akibat pengantungan serta beberapa pemain tonggak yang mengalami kecederaan, skuad Indonesia dilihat tempang untuk mengharung babak kedua perlawanan akhir dihadapan penonton sendiri.
Melihat pada pandangan pengkritik sukan Sang Garuda, pemain Indonesia perlu lebih agresif mencari ruang untuk membolosi gawang pasukan Malaysia.
Kehebatan yang ditampilkan barisan pertahanan disamping kekebalan penjaga gol negara diakui melemaskan jentera tengah dan serangan Indonesia.
Alfred Riedl diminta mencari jalan untuk melumpuhkan pertahanan selain memberikan tekanan demi tekanan agar barisan pemain Malaysia melakukan kesilapan mudah seperti mana perlawanan pertama kumpulan tempoh hari.
Oleh itu, pemain Malaysia seharusnya berhati-hati dengan beberapa pemain lawan seperti Christian Gonzalez, Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas, Firman Utina dan Arif Suyona kerana mereka sangat berkemampuan untuk merobek gawang skuad negara.
Mereka dilihat berbisa dengan kombinasi mantap apabila beraksi di gelanggang sendiri setakat ini selain dapat membantu serta menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
Dari kem Malaysia, dijangkakan K. Rajagobal tidak menghapi masalah besar walaupun kecewa kehilangan Amirul Hadi dan Mahali Jasuli dek layangan dua kad kuning. Skuad negara turut tidak dapat menggunakan khidmat Khairil Muhaymeen yang masih cedera.
Namun, melihat pada perkembangan semasa, peluang luas buat pasukan kebangsaan untuk menjulang kejuaraan kerana beberapa pemain mula menampakkan tanda kebangkitan untuk mencatatkan kejayaan pertama.
Norshahrul Idlan, Safee Sali dan Ashaari Shasudin sudah boleh diharapkan untuk memecahkan benteng pasukan lawan.
Manakala kelibat Safiq Rahim, Amri Yah Yah, Amar Rohidan serta S. Kunalan ditagih untuk mengatur serangan dari tengah serta mampu melakukan hantaran cantik kepada pemain penyerang.
Barisan benteng yang diterajui Muslim Ahmad, Asrarudin Putra dan Mohd Faizal pula terus diharap mempamer aksi kemas seperti mana mengikat pengempur utama Indonesia dalam perlawanan pertama. Kehadiran Sabree Abu mungkin memperkukuhkan lagi kawasan bawah skuad negara.
Benteng terakhir kawalan Khairul Fahmi Che Mat masih kebal setakat ini dengan beberapa aksi menyelamat luar biasa dan diharapkan penjaga gol ini tidak melakukan sebarang kesilapan mudah.
K. Rajagobal sudah menekankan bahawa pemain Malaysia tidak mungkin mampu bertahan dalam tempoh masa perlawanan. Justeru itu, kehadiran mereka disini bukan sahaja untuk mempertahankan pintu gol malah kedatangan mereka perlu mencari beberapa lagi gol untuk mengesahkan kemenangan.
Barisan Kemungkinan Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat
--Mohd Faizal--Sabree Abu--Muslim Ahmad--Asrarudin Putra
--S. Kunalan--Safiq Rahim--Amri Yah Yah--Ashaari Shamsudin
--Norshahrul Idlan--Safee Sali
vs
Bambang Pamungkas--Christian Gonzalez
--Irfan Bachdim--
--Bustom--Firman Utina--Arif Suyono
--M.Nasuha--Jesaya Desnam--Hamka--Zulkifli
Marcus Harison
Barisan Kemungkinan Indonesia
No comments:
Post a Comment