Monday, May 17, 2010
Cinta Padamu
Episode 1
"Hoi. apa yang kau tengok tu? Sampai aku dah terpacak depan kau ni pun, kau tak peduli?"tanya Daniel. Dia kehairanan melihat tingkah sahabat karibnya, Zikri, yang sedari tadi asyik benar memerhati ke arah luar.
"Tu, cuba kau tengok tu!"Zikri membalas sambil memuncungkan bibir ke arah kolam renang.
Daniel menoleh ke arah yang Zikri tunjukkan. Dahinya berkerut-kerut.
"Ada apa kat kolam tu? Orang mandi-manda kan?Biasalah tu!"katanya lalu duduk untuk menjamu selera.Nasi lemak yang masih 'hot' itu sungguh menyelerakannya.
"Sebab ada luar biasalah, aku suruh kau tengok!"balas Zikri pula.
Daniel segera berkalih untuk mencari kelainan yang Zikri katakan. Apa yang dia nampak, masih sama. Kolam renang itu dipenuhi tetamu yang membawa anak-anak untuk bermandi-manda. Kanak-kanak....biasalah!Memang suka main air.
"Budak-budak tu ke yang kau maksudkan?Kenapa? Dah teringin nak ada anak? Ajak ajelah buah hati kau si Rahayu tu berkahwin."Kata Daniel sambil tergelak-gelak.
Zikri mendengus kasar."Aku suruh kau tengok perempuan yang pakai baju warna hitam tu. Dah 30minit aku perhatikan dia, Danny. Dia sorang-sorang layan karenah anak-anak dia yang tiga itu.Tak menang tangan, aku tengok!Tapi dia nampak sabar aje,tenang sungguh gelagatnya!"
Pujian itu menyebabkan Daniel tercari-cari wanita berbaju hitam yang Zikri maksudkan. Dia kemudian dapat melihatnya. Perempuan itu sedang duduk di atas simen tepi kolam.Seorang anak kecil sedang meminum susu dia atas ribanya. Mulutnya terkumat-kamit, mungkin sedang berleter kepada dua orang lagi anaknya itu, jika benarlah anaknya 3, seperti yang Zikri katakan tadi.
"Hisy!!Apa yang hebatnya?Biasa aje aku tengok!Dahlah,Zik!!Baik kau makan nasi lemak kau yang sudah sejuk tu!"
"Aku suka tengok dia..Muka dia sentiasa senyum. Nampak macam sabar orangnya"Zikri memuji.
Bulat mata Daniel memandang kawannya."Ni tak lain dah jemu dengan si Ayu tu, kan?Dasar buaya darat betullah kau ni, Zik!Pantang tengok perempuan cantik aje, mulalah kau nak menggoda. Hei kawan itu......perempuan yang kau tengah tengok tu isteri orang tau!Anak dia dah 3!Apa kes?"ujar Daniel
"Tak ada kes, Daniel!Cuma...aku dah jatuh cinta pandang pertama kut!"balas Zikri sambil tergelak kecil.
Daniel membulatkan sepasang matanya lagi."Gila kau?"
Zikri hanya mampu tersenyum.
Episode 2
"Ibu, Je-ar kuar!"
Medengar kata-kata Adha, anak sulungnya, Farah segera menutup bonet kereta. Wajahnya pucat bila melihat Azhar sedang berdiri betul-betul di belakang kereta sebuah kereta yang sedang mengundur.Berlari dua mendapatkan anak keduanya itu.Nasib baik pada masa yang sama, pemandu itu juga sudah tidak mengundur lagi. Farah segera menarik nafas lega.
"Awak okey?"tanya Zikri cemas. Dia sudah berdiri di sisi Farah dan anaknya.
Farah lantas menjeling ke arah Zikri."Awak lain kali kan, kalau nak mengundurkan kereta pandang dahulu belakang.Bila dah clear gostan la kalau nak gostan.Nyaris awak nak melanggar anak saya ni. Kalau tak?"
"Kalau tak, masuk hospitallah jawabnya!"Zikri menyambung bersama sengihannya.
Farah menjeling lagi."Awak ingat accident ni sesuatu yang lucu ke?"marahnya.
Zikri pantas menggeleng.
"Habis tu?"
"Maaf, puan!Saya cuma nak redakan tension kat muka puan aje. Tak ada niat nak langgar nak puan ni"
Zikri bertenggong di hadapan Azhar, membalas pandangan anak kecil berusia 5 tahun itu.
"Siapa nama?"tanya Zikri sambil tersenyum.
"Je-ar."
Zikri mendongak, memandang Farah bersama kerutan di dahi.
"Nama dua Azhar."Farah memberitahu.
Zikri mengangguk."Je-ar okeykan?"
Azhar pun mengganguk.
Zikri menepuk bahu Azhar perlahan-lahan sebelum berdiri di sebelah Farah semula.
"Dia kata okey."katanya mengulangi kata-kata Azhar sambil sepasang mata merenung tajam seraut wajah kuning langsat milik ibu muda itu. Ketika itu, Zikri cuba meneka berapakah usia Farah. Perempuan ini terlalu muda untuk beranak tiga,fikirnya.
Farah rimas lalu dengan segera tubuh Azhar yang montel dicempung. Tanpa pamitan, dia melangkah ke arah kerete BMW miliknya. Sebaik Azhar didudukkan, dia menekan child lock lalu menutup pintu. Hampir-hampir saja kepalanya berlaga dengan Zikri yang ketika itu melihat ke dalah kereta.
"Apa awak ni?"Marah Farah.
"Awak berempat aje ke?Suami mana?"Zikri ingin tahu.
Farah segera berpeluk tubuh."Yang awak menyibuk sangat ini, apahal?"tanya dia.
"Kalau saya bagi tahu sebabnya, awak marah tak?"
"Kalau apa yang awak cakapkan tu menyakitkan hati saya, tentulah saya marah!"
Zikri menarik sengih. Hati Farah berdebar-debar dibuatnya. Maklumlah, senyuman lelaki ini menawan sangat fikirannya. Dan dia yakin lelaki ini tahu tentang itu. Sebab itu dari tadi asyik tersenyum sahaja.
"Saya nak berkenalan dengan awak boleh?"tanya Zikri.
"Oh,nak berkenalan?Awak nak kena cencang dengan suami saya?"balas Farah pula.
"ada suamilah ni?Bukan janda?Bukan balu?"Zikri benar-benar ingin tahu. Sedikit terkilan dengan jawapan wanita cantik itu tadi.
"Bukan!Saya isteri orang. Bukan janda, bukan jugak balu. Maaf ya!"ajuk Farah sambil membuka pintu kereta untuk memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, setelah menghabiskan masa 3 hari bercuti di Kelantan. Walau penat melayan karenah anak-anaknya yang tiga orang itu, dia merasa bersyukur kerana Allah mengurniakannya tiga orang cahaya mata yang sangat comel. Anak-anak yang merupakan penyambung kasihnya kepada....
Lamunan terganggu dek ketukan di cermin tingkap. Farah segera membuka tingkap.
"Nak apa lagi ni?"tanya dia
"Nak awak!"
"Hah?"
Walau perlahan, bisikan itu masih dapat Farah dengari, membuat hatinya berdegap-degup serta merta. Mana taknya wajah Zikri amatlah kacak.
Zikri ketawa, "Tak adalah!Saya melawak saja. Ni, kad nama saya. Manalah tau kut-kut nanti awak perlukan saya?"dia memberitahu sambil menghulurkan kad tersebut yang segera diambil oleh Farah.
"Terima kasih. Ada apa-apa lagi?"
Zikri menggelengkan kepalanya. Farah terus saja mengundurkan keretanya dan berlalu meninggalkan lelaki itu terpacak di bawah terik mentari.
"My wire has gone loose..."Zikri bercakap sendirian sambil memerhati kereta itu berlalu pergi.
"Bukan setakat wayar ja yang longgar, aku rasa otak kau tu pun dah mereng!"balas Daniel yang tetiba sahaja berdiri di sisinya.
Sewaktu Daniel menyuruh Zikri ke kereta, dia ke kaunter untuk menguruskan apa yang perlu semasa check out dari Hotel Perdana. Selesai di situ, dia menunggu Zikri di lobi namun sahabatnya itu tidak juga kunjung datang. Akhirnya dia keluar. Dari jauh dia memerhati gelagat Zikri sehinggalah perempuan itu pergi meninggalkan sahabatnya tadi.
"Kau pasal mengutuk orang......"marah Zikri.
"Mengutuk orang gila macam kau apa salahnya?"balas Daniel selamba.
Episode 3
"Seronok bercuti?"tanya Mak Munnah kepada anaknya, Farah sebaik Farah duduk di sisinya.
"Letih...."
"Tu lah!!Mak suruh kamu tinggalkan dia orang dengan mak, kamu tak mahu.Cuti apa kalau dah bawak budak-budak lelaki yang tengah lasak camtu?Lagi penat adalah!"ujar Mak Munnah.
"Mak, Farah untuk tiga orang beradik tu jugak. Dah lama Farah tak luangkan masa dengan mereka.Lagipun mereka tak banyak songeh.Senang aja nak control."balas Farah sambil tangannya mengambil control untuk menukar siaran Astro.Dia hendak menonton CSI Miami, rancangan kesukaannya.
"Siap Mohd Zikri Daud ni Farah??"
Soalan bapanya membuatkan Farah terkejut. Matanya memandang wajah si ayah namun wajahnya menunjukkan kekeliruan.
"Zikri?"
"Ha'ah!!Boyfriend kamu yang baru ke?"tanya Max sambil menunjukkan kad nama kepada Munah.Munah memerhati kad itu sebelum menyerahkan kepada Farah.
Demi melihat kad itu,Farah ketawa.Beria-ia dia gelak, menyebabkan Mak Munah menepuk pahanya.
"Boyfriend??Ish tak adalah ayah.Dia tu mamat kerek yang kita orang jumpa kat Hotel Perdana tu."dia memberitahu.
"Ayah jumpa kad itu kat pintu kereta. Terjatuh agaknya masa kita angkat budak-budak tu masuk tadi."Ayahnya berkata sambil memandang muka Farah tajam.
"Apa budak tu hendak sampai bagi kamu kad tu?"tanya Mak Munah.
"Alah.Biasalah mak. Nak berkenalan."
"Eloklah kalau begitu!Ada jugak lelaki yang nak berkenalan dengan kamu.Untung-untung, esok-esok dia ajak kamu kahwin dengan dia."Max menyampuk.
"Ayah, anak Farah nak campak ke mana?"soal Farah geram.
"Kenapa nak dicampak pulak?Bela ajelah!"usik si ayah mengundang tawa si ibu.
Farah semakin geram. Sikap loyar buruk ayahnya mengembalikan ingatan kepada lelaki bernama Zikri itu. Lelaki itu juga mempunyai sifat yang sama.Loyar buruk juga.Suka main-main.Suka ketewa.Suka bergurau.Suka....
#Tak kuasa nak ingat pada dia#
"Umur kamu dah 30 tahun.Kahwin ajelah kalau ada yang nak jadikan kamu isteri dia.Jangan memilih lagi.Tentang budak-budak tu,toksahlah kamu risau sangat.Mak dengan ayah kan ada?Budak Zikri ni pun nampaknya elok kerja dia ni.Project Manager.Layan ajelah dia kalau dia suka kat kamu".
Ibu mana yang tak susah hati bila anak gadisnya masih menyendiri pada usia itu?Di kiri kanan, masyarakat sekeliling sudah bertanya-tanya.
Bila lagi kamu nak dapat menantu, Kak Munah?
Kak Munah, bila si Farah tu nak kahwin?
Kak Munah, mandikan bunga pada si Farah tu, biar jodohnya lekat!
Kak Munah, susah-susah, kahwinkan aje Farah dengan Mat anak Pak Harun yang tiga suku tu!
Geram, marah,kecewa,sedih....bercampur baur perasaannya bila diusik dan disindir begitu namun kedegilan Farah tak berjaya dicuit.Farah tetap dengan pendiriannya.Keras kepala.
"Farah bagitau dia yang Farah ni isteri orang, mak!Farah cakap, Adha,Azhar dan Amsyar tu anak Farah."
Terbeliak mata Mak Munah. "Kamu ni....dah sewel ke, ape??Bila kamu beranakkan budak-budak tu?"Perhatian berkalih kepada suami yang sedang tersengih."Suka awak, ya bang?Awak tau tak yang si Farah saja buat saya sakit jantung!Ada ke dia mengaku macam tu?Kalau inilah keadaannya, sampai mak mati pun kamu tak akan kahwin, Farah!"marahnya.
"Hai,Cik Munah oi!Jangan nak mengarut!Nanti adalah jodoh si Farah ni.Masalahnya, mahu ke budak tu nak kahwin dengan janda anak tiga?"celah Max
"Janda apanya?"
"Eh..eh...Munah?Awak dah lupa ke yang Farah ni dah menikah dengan si Azman tu?"Max kelihatan bingung dengan sikap isteri yang seolah-olah lupa pada kejadian yang berlaku 3 tahun lepas.
Farah melepaskan keluhan. Dia tahu, ibunya tak pernah lupa. Begitu juga dengan dirinya. Permintaan arwah kakaknya, Faiza, permintaan terakhir itu masih terngiang-ngiang di telinga.
"Mak, kahwinkan saja Farah dengan Abang Azman ya. Iza harap sangat Farah jadi ibu kepada anak-anak Iza.Iza harap sangat ada yang sudi jaga Abang Azman bila Iza tak ada nanti. Janji ya, mak.Kahwinkan dia orang berdua, ya!
Jadi, dua hari selepas pemergian Faiza, Farah dan Azman berkahwin. Esoknya,Azman berlepas ke London, membawa pesawat Malaysia Airline kerana dia seorang pilot.Malangnya,Azman terlibat dalam kemalangan ketika bercuti di Paris.Apa yang menyedihkan Farah ialah berita yang diterima.Bersama-sama Azman dalam kereta itu ialah seorang pramugari bernama Edlen. Edlen adalah kekasih Azman!Kekasih yang selama ini tidak diketahu oleh sesiapa mahupun oleh Faiza sendiri.
Kalau selama ini, dia menyanyangi Azman sehingga rela menjadi pengganti kakaknya, kemalangan itu membongkar 1001 cerita, memusnahkan segala kepercayaan.Menghilangkan segala rasa hormatnya kepada lelaki itu!
Alah, dah 3 tahun, bang!Entah-entah dia mati, mana kita tahu?"
Farah hanya diam. Di dalam hati, dia juga tertanya-tanya tentang Azman. Hidupkah atau sudah matikah? Kalau sudah mati, manakah kuburnya?Kalau masih hidup, mengapa dia tidak datang menjenguk anak-anaknya yang masih kecil. Malah kaum kerabatnya juga membisu seribu bahasa.
Mengapa?
Episode 4
"Farah?Farah Hazwani Max?"
Langkah yang diatur terhenti bila nama penuhnya disebut.Farah segera berpaling untuk mencari pemilik suara itu. Seorang perempuan muda sedang memandangnya tajam.
"Are you sure she is the one?"Farah mendengar teman di sebelah tadi bertanya. Di hadapan mereka, seorang lelaki sedang menatap wajahnya tanpa berkelip.
"Ya, saya Farah Hazwani Max. Awak ni siapa?"Sahut Farah.Pipinya merona merah bila menyedari lelaki masih memerhati.
Dengan susah payah, wanita yang memanggil dirinya tadi bangun berdiri. Farah mengerutkan dahi.Tanpa diberitahupun, dia dapat meneka bahawa wanita ini cacat kakinya.
Wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam."Come, join us.Awak duduklah kat sebelah abang saya tu. Saya dah lama cari awak tapi KL ni terlalu besar pulak. Mujur kita jumpa. Duduklah, Farah!Banyak yang saya nak sembang dengan awak."
Farah duduk selepas mereka bersalaman.
"Nama saya, Edlen."
Nama itu!
"Edlen?Girlfriend Abang Man?"
"Itu dulu. Sekarang kami suami isteri. Lepas accident di Paris dulu, kami balik ke sini and got married. But he could not forget you or his sons. Dah 3 tahun tapi ingatannya pada awak dengan anak-anaknya masih kuat."
Farah naik berang."Iya?Dia masih ingat pada kitaorang?Laa....tak sangka pulak!Tapi, kalau betul, kenapa dia tak datang jenguk kami?"marahnya.
"Sebab dia tak boleh!"
"Tak boleh apa?"
"Dia tak boleh bergerak. Dia lumpuh sampai ke pinggang akibat kemalangan tu."
Farah ketawa geli hati."Pandainya awak mereka-reka cerita, ya!Alah cakap sajelah yang dia tak mau berjumpa dengan saya. Cakap ajelah yang dia tak kenal dengan anak-anak dia.Kan senang?Yang nak raih simpati saya bagitau dia cacat ni buat apa?"ujarnya sebaik rasa geli hati itu hilang.
"Saya tak tipu. Kalau tak percaya, tanya abang saya ni. Dia dengan Azman kawan baik."
Farah berpaling ke arah kirinya. Pandangan bertaut.#Eh, macam kenallah pulak mamat nie!#bisik di hati.
"Farah?Ingat saya lagi?Zikri?Kita jumpa di Kelantan dulu?"
KL mungkin besar tapi saat ini, dunia dirasakan kecil sahaja. Pi mai, pi mai, jumpa jugak dengan lelaki ini. Selepas hampir sebulan, peristiwa di Hotel Perdana mengimbau semula.
Aduyaiiiii....
"Eh,hmm!You dua orang ni dah kenal?"Wanita di hadapan Zikri bersuara bersama riak cemburu di wajahnya.
"Yes, indeed!What happened there was the sweetest moments in my life, Rahayu!"Zikri meluahkan perasaannya.
Farah terkedu.
Rahayu?Rasa ingin disimbah wajah riang Zikri dengan air tembikai yang sedang diminum.
Edlen?Kehairanan.
"Di mana suami saya sekarang?"Sengaja Farah menekankan perkataan suami dapat dia melenyapkan perasaan cemburu yang sedang melata di muka Rahayu. Dan, supaya Zikri tidak bercakap yang bukan-bukan lagi.
"Bekas suami awak, Farah!Dia dah lama ceraikan awak. Sejak di London lagi. Dia lafazkan cerai pada awak di depan saya masa dia pujuk saya kat sana. Malah, cuti di Paris tu dia rancang untuk meyakinkan saya yang dia dah ceraikan awak. Dia kata, arwah isteri dia yang mahukan awak kahwin dengan dia sedangkan dia tak rela pun!Percayalah!Dia suami saya sahaja sekarang. Awak tu janda dia!"
"Mana ada?Saya tak tahu apa-apa pun!"
"Mungkin awak tak baca kat paper agaknya. Ada Man masukkan paper urusan penceraian tu di Mahkamah SYariah, kan bang?"Edlen meminta sokongan Zikri.
Zikri menggangukkan kepalanya.
"Saya nak jumpa dia, boleh?"pinta Farah.
Edlen mengangguk.
......................................................
Di tempat letak kereta, Zikri berkata,"Ayu, you bawak kereta I.Biar I bawak Farah pergi rumah Adlen."
"Kenapa pulak macam tu?"
Serentak pula soalan yang sama itu keluar daripada mulut Farah dan Rahayu.
Zikri tersenyum."Sebab, kalau saya drive, awak taklah sesat. Kat KL ni, bukan senang nak buat konvoi, Cik Farah oi!"
Kepada Ayu, dia menyerahkan kunci kereta."Dah, jangan banyak tanya!Drive!"
Zikri berpura-pura tidak melihat pemberontakan yang ditunjukkan Ayu kepadanya.
Episode 5
"Abang Man mintak maaf, Farah. Minta maaf keraba selama ni menyembunyikan diri daripada Farah, daripada anak-anak. Daripada emak dengan ayah. Sebenarnya, Abang Man malu dengan perbuatan abang. Malu dengan sikap dan tindakan abang dulu. Abang banyak berdosa paada Faiza."
Tahu tak pe!!bisik dalam hati Farah namun melihat keadaan bekas suaminya itu, hati merasa hiba.Perasaan kasihan memenuhi ruang hati.Berbeza sungguh yang ini daripada Azman yang dahulu.Tiada lagi lelaki macho yang menjadi kebanggaan arwah kakaknya,Faiza.Tiada lagi!!
"Abang bahagia?Gembira?"entah mengapa,itu yang ingin diketahuinya.
"Alhamudulillah.Edlen banyak membantu abang!"balas Azman sambil meraih tangan isterinya.
Tindakan spontan itu membuat Farah beralih pandang namun sepasang matanya kemudian bertembung dengan pandangan redup Zikri terhadapnya.Apakah yang lelaki fikirkan?Tentang dia?Tentang perasaanya kepada Azman?Tentang dia dan anak-anaknya?
"Farah, boleh abang jumpa anak-anak abang?"
Farah segera melarikan mata daripada tatapan Zikri.Wajah Azman direnungi pula."Dia orang kan anak-anak abang dengan arwah Kak Iza?"tanya dia.
"Dia orang dah tentu lupakan abang, kan?"
Farah mengeluh.Memang itulah kenyataannya.Walau gambar Azman dan gambar arwah Faiza berada di mana-mana di dalam rumah mereka, namun ingatan itu tentunya semakin pudar terutama Adha dan Azhar. Mungkin seraut wajah Azman sudah tidak mereka kenali lagi.Amsyar?Lagilah!Bagi anak kecil itu, hidupnya hanya ada Farah,datuk dan neneknya sahaja.
"Nanti, kalau Edlen izinkan, Farah bawa dia orang ke sini."Farah akhirnya bersuara.Kata-kata yang mengundang senyum di bibir Edlen.
"Boleh, Farah bawa aje dia orang ke sini. Saya dengan Azman tak kan ada anak, jadi, saya nak menumpang kasih pada dia orang sajalah.Insya-Allah, saya akan cuba jadi ibu tiri yang baik buat mereka."
Jawapan yang merupakan sebuah janji.Jawapan yang menghilangkan rasa marah dan sakit hati Farah selama ini.Hari ini, buat kali pertama, dia rasa dekat dengan Azman.Dia rasa mesra dengan Edlen. Dia rasa.....
"So, semuanya dah settle sekarang, kan?"suara itu menganggu lamunan Farah. Teguran yang menyebabkan masing-masing menguntum senyum.
Hanya Rahayu yang mengetap bibir tanda geram.Tanda marah.Tanda sakit hati.Dalam diam,dia tahu, bahawa dia akan kehilangan Zikri.Perhatian terhadap Farah tidak pernah dia perolehi.Keprihatinan lelaki itu, tidak pernah dia nikmati.Senyuman dan lirikan mata Zikri yang menggoda itu, tidak pernah tertumpu kepadanya.
Memang benar kata Daniel,Zikri tidak mencintainya.Memang benar kata Daniel, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dan, memang benar kata Daniel, dia harus membalas cinta lelaki yang mencintainya, bukan terus-terusan mengejar bayang-bayang Zikri yang tidak mampu digapai tangan!
Last episode
"Awak, boleh tak kalau awak jangan dok asyik ikut saya?Saya rasa lemaslah!"marah Farah terhadap Zikri yang tidak jemu-jemu membontotinya sepanjang hari. Naik kebas mulutnya menyuruh Zikri pergi ke tempat lain kerana dia sibuk. Maklumlah, hari ini di rumahnya, ayah dan emak mengadakan kenduri doa selamat. Kenduri kesyukuran kerana Azman sudah selamat menjalani pembedahan, pembedahan keenam sejak kemalangan itu.
"Saya tolong awak apa?Tolong kemas!Tolong angkat pinggan-mangkuk tu semua.Tolong...."
"Kan saya dah cakap, kalau nak tolong sangat, pergilah duduk basuh pinggan kat sana tu!"Farah menjuihkan bibir ke arah sekumpulan remaja yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk sambil berceloteh riang.
Sememangnya, di kawasan tempat tinggal mereka, tradisi lama masih diamalkan. Semasa kenduri kendara, kaum lelaki bergotong-royong memasak sementara kaum wanita sibuk menyiang dan menyediakan bahan.Anak-anak gadis mengemas meja sementara remaja lelaki akan membasuh pinggan.Tak kiralah sama ada mereka mengadakan kenduri kahwin atau arwah. Kesepakatan itu masih diamalkan.
"Farah, cuba awak teka, kenapa saya suka sangat buat camni?"soal Zikri lembut, meraih perhatian Farah terhadapnya.
"Sebab saya suka awak.Cintakan awak!"dia memberitahu dalam nada suara penuh romantis.
"Lama Farah terdiam.Wajah Zikri ditatap tajam.
"Kenapa?Tak percaya?Awak ni kan,Farah.....peliklah!Semua orang dah tau isi hati saya ni.It is so transparent!Kenapa awak masih tak faham-faham jugak?"marah Zikri melihat wajah kelat Farah itu.
"Awak?Awak ni tak nampak ke?Dah buta?Tak nampak perbezaan antara kita?Awak tu anak teruna trang,tang,tang lagi.....saya ni pulak janda anak tiga?Macam mana lagi saya dapat buat,dapat saya cakap supaya awak tinggalkan saya?Lupakan saya?"ucap Farah sambil mengetap bibir. Dia tidak mahu perbualan mereka di tengah-tengah kawasan lapang itu didengari sesiapa.
Zikri ketawa."Awak?Cinta saya pada awak dah butakan saya.Sebab tu, saya nampak awak aje, tak nampak perempuan lain dah!Berbeza?Tau!Saya lelaki dan awak perempuan, kan?Memanglah kita berbeza! Ni, yang awak risau sangat dengan status janda awak tu, apasal?Saya lagi suka, tahu!Belum apa-apa, saya dah dapat anak segera!Dahlah sememangnya saya ni suka makanan segera, sekarang Tuhan bagi anak segera pada saya. Syukur Alhamdulillah!"balasnya.
Farah mengeluh."Saya tak tahu macam mana nak cakap dengan awak lagi, Zikri!Dah puas saya fikir, perah otak saya ni untuk reject awak, tapi semuanya tak lut!Awak...."
Kata-kata terhenti kerana Zikri ketawa kuat sekali, mengundang perhatian mereka berdua.
"Zikri!"
"Farah Hazwani, tak payahlah nak perah otak tu nak fikirkan cara untuk lupakan saya sebab awak takkan boleh lakukannya. Nak tahu kenapa?Sebab awak dah jatuh cinta pada saya!"
Farah terjerit kecil."Ah, perasanalah awak ni!"balasnya.Pipinya sudah merona kemerahan.Malu bila Zikri mempersendakan perasaanya.
"Awak dah jatuh cinta pada saya sejak pertemuan kita di Hotel Perdana dulu kan?Alah, janganlah nak mengelak!Jangan nak cakap bohong!Saya tahu!"
"Mengarut ajelah awak ni!Macam mana awak boleh cakap macam tu?"
"Sebab, itulah yang saya rase. Sejak nampak awak kat kolam renang tu, saya rindukan awak.Biarpun masa tu, saya kecewa bila awak cakap awak isteri orang, saya pohon Allah agar kita didekatkan kalau kita ada jodoh.Saya jugak minta agar Allah beri awak kebahagiaan bersama suami awak, kalau dah ditakdirkan kita tak mungkin bersama. Tapi, Farah, sekarang awak dengan Azman bukan suami isteri lagi.Saya rasa, awak tak ada sebab untuk menolak lamaran saya,tau!"ucap Zikri beria-ia.
"Eeii, tolongla.Tak habis-habis merapu.Bila awak lamar saya,Encik Zikri?"soal Farah sambil menjuihkan bibir.
"Laa, awak tak tau ke?Kat dalam rumah awak sekarang nie, mak dengan ayah saya bersama-sama dengan Azman dan Edlen tengah rancak berbincang tentang kita dengan kaum kerabat awak. Saya dah pesan pada mereka, yang saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat, paling lewatpun, bulan depan.Kita buat semuanya sekaligus.Tunang,nikah dan kahiwn semuanya buat satu hari aje.Senang!Tadi, Man kirim sms pada saya. Dia kata, mak awak cakap, duit hantaran yang saya bagi tu mahal sangat..."
"Berapa?"
"RM 29, 909."
"Mahalnya! Patutlah! Nanti orang ingat mak nak jual saya pada awak!"marah Farah tanpa menyedari bahawa kata-kata yang terluah menunjukkan bahawa sudah ada persetujuan di pihaknya untuk menjadi isteri Zikri.
Zikri tersengih. "Tak mahallah, cik adik. 29.9.09...awak dah lupa ke?"Melihat dahi Farah berkerut-kerut, dia menyambung, "Tu, tarikh pertemuan kita enam bulan lepas, Farah!Mungkin tak significant pada awak tapi sangat istimewa bagi saya dan keistimewaan itu saya hadiahkan untuk awak.Harap awak sudi!"
Farah kehilangan kata-kata. Renungan lembut Zikri terhadapnya membuat lidahnya kelu. Memukau sungguh perlakuan lelaki itu sehingga tanpa disedari dirinya sudah diamuk cinta. Ya, cinta pertamanya memang bermula di sana....."
"Ibu, atuk suruh ibu masuk dalam.Kata atuk, ajak uncle sekali."Adha memberitahu sambil memaut lengan Farah.Azhar dan Amsyar turut sama mendekat, mengelilingi ibu mereka. Bila Amsyar menyuakan tangan supaya Farah mendukungnya, Zikri cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan menggomolnya membuat anak kecil itu kegelian.Seronok dicumbui begitu.
"Uncle, Je-ar nak jugak!"
Amsyar kini bertukar tangan. Farah pula mendokongnya. Je-ar sedang didakap erat oleh Zikri.
Dua pasang mata bertaut. Senyuman saling berbalasan. Masing-masing tahu bahawa cinta dan kasih sayang sudah terjalin. Masing-masing mengharapkan agar masa hadapan mereka tetap seceria sekarang. Bersama-sama anak-anak segera yang mereka ada.Anak-anak yang mengikat hati mereka.
Akhirnya tanggal 29/09/2009 mereka selamat di ijab kabulkan.
-TAMMAT-
Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup
ataupun telah mati.
Cerpen ini adalah hasil tangan sendiri dan tidak dicetak dari mana-mana pihak.
Sebarang cipta semula adalah dilarang kecuali dengan izin penulis.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thumbs up!(=
ReplyDeletenice job babe.
Tarattattatta! Im lovin' it ♥♥
huhu.cam tacaye fawwaz yang buat
musti ur essay bagus right ?
kalo piqa yang buat wajib
mase on the way buat uhh da stop .
uh, malas la dude! haha
Your 'esei' bagus ahh. Yee (=
Even me pon ta pandai
buat. Adess. Huhu.
One word, Berusaha !!
-.-'
ReplyDeletebtol ke fawaz bwat sndri neh ?