Thursday, May 13, 2010

Maya Percintaan - Uthopia

Ash Maya Percintaan   Uthopia
Ash - Terima kasih kerana sudi pinjamkan suara :-) 

Kalau anda ingin membaca kisahnya, teruskan 
saja membaca teks di bawah. Namun kalau
anda berminat mendengar kisahnya dalam 
bentuk audio sila scrool ke bahagian bawah 
entry ini dan klik saja ikon player yang disediakan.

Kisah ini dikirim oleh Asmira Universiti Malaysia Perlis
Baca teks kisahnya:

“Percintaan.
Ada manis ada pahit. Ada madu ada racun. Manisnya 
hanya seketika. Pahitnya pula berpanjangan. Harapkan 
panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Aku yang selama ini begitu kuat, tiba-tiba
tersungkur pada sebuah kekecewaan. 
Segalanya bagaikan mimpi. Berkali-kali 
aku menampar pipi… Aduh! Terasa sakitnya. 
Sah! Aku bukan bermimpi. Aku sedang 
mengahadapi sebuah kenyataan. 
Amat berat dan pahit untuk ditelan.
Rasa tidak tertanggung pundak ini 
menggalasnya. Kau yang aku harapkan 
sama-sama mengasuh cinta, akhirnya curang.
Kau yang selama ini menjadi sandaran, 
kini membawaku rebah dalam kelukaan.
Masih ingat keintiman kita lebih 10 tahun lalu. 
Masa tu aku tidaklah berharap sangat. 
Tapi kau yang sering memberikan harapan. 
Aku yang bukan mudah jatuh cinta, 
akhirnya terheret ke dunia serba indah itu.
Aku hanyalah seorang wanita, tidak kebal pada
pujukan. Hati wanita umpama kerak nasi. 
Keras tapi mudah lembut pabila direndam. 
Begitulah aku… hatiku….
Im, Aku tak pernah bayangkan, ini semua akan 
berlaku. Aku tewas dengan kata-kata manismu.
Aku jadi serikandi cinta, pemburu rindu. Malu 
kalau difikirkan kembali. Mengapa wanita 
sekuat aku, terluka hanya kerana cinta.
Mungkin aku yang lalai mengasuh cinta, 
sehingga akhirnya terhumban di nestapa.
Aku keliru dan kau jadikannya alasan 
untuk berpisah. Oh! Alangkah naifnya 
 aku, tersungkur hanya kerana sebuah cinta.”

Kalau anda sudi mendengar  dalam bentuk audio
sila klik ikon player di bawah :



Credit to DJ Senja Blog



No comments:

Post a Comment

VIDEO IKLAN(OST ADAMAYA)