Friday, May 14, 2010
Jika Aku Jatuh Hati
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu,agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar
tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah jika aku menikmati cinta
kekasihMu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada
kekasihMu, jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah, jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampui batas sehingga melupakan
cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin..
Doaku..moga kita bersama-sama
berjaya dunia dan di akhirat
berjaya dalam mengharungi segala dugaan
dan cabaran..yang sememangya menguji kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama
ini telah hilang..
Semoga Cinta yang dicari telah ditemui.
Semoga Allah meletakkan kita di bawah
payung rahmat kasihNya..InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
woa~ entry sal puisi mlayu lame tuu XD
ReplyDeletefawaz nmpk cm nk b'syair ari guru nti.
btl dop ?
haha..x mau ar...malu..:)
ReplyDelete